Wednesday, 21 May 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu

Pagi tadi sewaktu berada di klinik kesihatan utk temujanji, sy tercuri dengar perbualan dua org ibu mengenai susu badan. Salah seorang daripada ibu tersebut hanya dapat menyusukan anaknya sehingga 4 bulan sahaja. Katanya susunya merudum dan semakin berkurangan lalu dia mengambil langkah utk memberikan susu formula.

Dalam hati saya terdetik. Ya Allah sayangnyaa.. Sayang seribu kali sayang.

Saya sendiri pernah mengalami zaman kemorosotan susu sewaktu habib berumur 2 bulan. Kerana waktu itu, kedua mereka sedang membesar dan dua2 menyusu dalam kuantiti yg banyak dan kerap. Saya runsing, stress dan macam-macam lagi perasaan bercampur-baur. 2 bulan bagi saya tempoh yg lama dan bonding diantara kami sudah terlalu erat utk dilepaskan.

Bagi ibu-ibu yg mengalami masalah susu merudum, berikut adalah sedikit tips dari saya berdasarkan pengalaman saya sendiri:

1. Jangan putus asa

Penting bagi ibu utk menanam perasaan ini dalam diri. Kalau ibu putus asa, maka jalan paling mudah adalah dengan memberikan susu formula tanpa belum mencuba alternatif lain. Bagi saya itu tidak adil utk anak kerana hak mereka adalah utk mendapatkan susu ibu. Susu paling baik dalam dunia yg dinyatakan dalam Al-Quran. Sekurang-kurangnya mereka perlu mendapat bekalan tersebut sehingga 6 bulan.



2. Susu sentiasa cukup.

Ibu kena sentiasa bisikkan dalam hati "susu cukup". Malah bagi saya sejak mula hamil lagi, ibu kena sentiasa tanam azam utk menyusukan anak dan berfikiran positif bahawa susu cukup utk anak. Berfikiran positif sgt perlu kerana otak akan memproses dan mengaktif badan utk sentiasa menghasilkan susu. Walau anak kembar 2,3,4 sekali pun Allah akan berikan rezeki susu utk anak. Hanya kita kena berusaha.

3. Cari jalan utk banyakkan susu

Jika ibu mengalami masalah susu merudum, jangan hanya terus berdiam diri dan mengharapkan susu akan mengalir dengan banyak. Lakukan sedikit research cara utk banyakkan susu ibu. Zaman teknologi dihujung jari sangat mudah utk kita mendapatkan maklumat malah beribu maklumat yg akan ibu perolehi. Dari segi makanan berkhasiat, makanan tambahan, urutan, cara mengepam yg betul dan banyak lagi jalan yg akan ibu-ibu jumpa di alam maya. Cari dan usaha lakukan sebaik mungkin.

4. Jangan lokek

Kebanyakkan ibu-ibu lebih suka menggunakan jalan singkat daripada terus berusaha atau terlalu lokek utk melaburkan wang utk membeli peralatan atau makanan tambahan utk menambahkan susu. Saya rasa pelik bila ibu-ibu lebih suka laburkan wang setiap bulan utk membeli susu formula berbanding melaburkan wang utk memberi susu ibu berterusan kepada anak. Nilaikan yg mana lebih berkhasiat dan lebih berharga? Pelaburan susu formula atau pelaburan susu ibu?



5. Minta sokongan atau bantuan

Jangan malu utk minta pendapat atau bantuan daripada orang yg berpengalaman. Saya pasti ibu-ibu yg berjaya menyusukan anak tidak lokek utk berkongsi ilmu malah mereka akn jadi lebih teruja utk membantu anda. Selain itu, anda juga perlu meminta sokongan daripada org sekeliling terutamanya suami. Minta mereka utk sentiasa menyokong anda menyusukan anak. Insya Allah anda akan lebih bersemangat dan sentiasa berfikiran positif dengan aura positif disekeliling anda.

6. Banyakkan berzikir

Ketika sedang menyusukan anak atau sedang mengepam susu, basahkan lidah dengan zikir, istighfar, insya Allah hati akan menjadi tenang dan pengaliran akan menjadi susu lebih baik. Sambil-sambil tu, usap dan belai anak atau tatap gambar anak supaya wujud emosi kasih sayang. Selalunya taktik ini sangat berkesan.



7. Menyusukan anak di tempat yg tenang

Tahukah ibu-ibu sekalian, tempat juga turut memainkan peranan ketika menyusukan anak? Tempat yg tenang tanpa sebarang gangguan mampu membantu ibu utk menyusukan anak /mengepam susu dengan lebih baik. Sebaiknya pasang ayat al-Quran atau alunan zikir atau ibu sendiri boleh berzikir mendodoikan anak ketika menyusu. Fokus anda ketika itu adalah anak anda. Jika meyusukan anak sambil bermain telefon, fb, instagram, whatsapp, maka hilanglah bonding time ibu dan anak waktu itu.

Sekian sahaja sedikit tips daripada saya. Insya Allah saya akan kongsikan lagi tips-tips yg lain lagi. Semoga tips ini memberi manfaat dan semangat utk ibu-ibu! :)


***********************************
Berikut adalah set cadangan bagi ibu utk membanyakkan susu:

Set 3m (lengkap dengan segala nutrisi yg diperlukan oleh ibu dan anak)

Set Penyusuan Bajet 

Anda boleh dapatkan info mengenai set ini di sini Untuk konsultasi dan tempahan, hubungi saya di sini:

NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com


COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.




No comments:

Post a Comment