Wednesday, 14 May 2014

Resepi Pancake bersama Meal Shakes!

Sarapan yg mudah dan berkhasiat! Ibu-ibu yg kesuntukan masa, boleh cuba resepi ini utk sarapan berkhasiat keluarga anda. Di tambah pula dengan Meal Shakes perisa French Vanilla memang memantapkan lagi rasa pancake. Habibs pun makan dengan penuh berselera. ^___^

Nampak yummylicious taakk? 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 1 biji Telur
  • 2 sudu Gula
  • 1 cawan Susu segar/susu tepung yg dibancuh/air
  • 1 sudu besar Minyak
  • 1 @ 2 sudu besar Meal Shakes
Cara-cara bancuh adunan pancake:
  1. Satukan tepung gandum dan baking powder dalam satu bekas
  2. Di dalam bekas yg lain, asingkan kuning telur  dan putih telur.
  3. Pukul putih telur sehingga kembang dan menjadi warna putih. (kacau laju-laju pakai garfu)
  4. Dalam bekas lain, campurkan kuning telur, gula dan susu. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukan minyak dan adunan no. 4 tadi ke dalam bekas adunan no. 1 dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukan Meal Shakes ke dalam adunan dan kacau sedikit.
  7. Masukan putih telur dan kacau guna teknik kaup balik. (tak perlu kacau terlalu kuat, nanti tak jadi pancake kitaa..)
  8. Sedia untuk di masak!
Cara-cara memasak:
  1. Sapukan kuali dengan minyak. (Sapu guna tisu dapur. Minyak tak perlu banyak sebab kita bukan nak goreng pancake. :D)
  2. Kaup adunan pancake dalam senduk. (kalau boleh senduk bentuk bulat. sebab senang nak bajet adunan)
  3. Tuangkan ke dalam kuali yg sudah panas. 
  4. Biarkan adunan masak sehingga timbul bintik-bintik kecik di atas pancake tadi.
  5. Kemudian baru terbalikkan pancake tersebut.
  6. Agak-agak pancake sudah masak boleh alihkan ke pinggan.
Mudahkan? ^___^ Lepas dah siap boleh susun cantik-cantik. Swirl kan dengan madu dan butter. Alhamdulillah.. anda telah menyediakan sarapan yg mudah dan berkhasiat utk keluarga anda.

Ni wajah Habib Firas ketika menikmati pancake

Habib Fahim dengan dua tangannya memegang pancake. O.o

SELAMAT MENCUBA! :)
***************************************

Nak tahu khasiat Meal Shakes? Klik link berikut utk maklumat lanjut:

Berminat utk dapatkan Meal Shakes atau produk Shaklee yang lain? Anda boleh hubungi saya utk maklumat lanjut dan konsultasi:

NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com

COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.







No comments:

Post a Comment