Ramai antara kita yg masih tak tahu atau ragu-ragu mengenai hukum
solat di atas kerusi atau secara duduk. Adakah kita terus dibenarkan solat
secara duduk bila terasa sakit? Adakah kita dibenarkan melakukan solat secara
duduk dari awal hingga akhir solat? Selama mana solat secara duduk dibenarkan?
Jom lihat jawapannya di bawah ini:
Artikel kredit daripada: http://bit.ly/1ruieEQ
*************************************
PERSOALAN DAN HUKUM BERKAITAN MENDIRIKAN SOLAT ATAS
KERUSI/DUDUK.
Keadaan Orang Yang sembahyang Duduk
Orang yang mendirikan sembahyang dalam keadaan duduk situasinya
sebagimana berikut :
1.Tidak mampu untuk berdiri walaupun sekejap serta tidak
mampu untuk rukuk, sujud sebagaimana yang dikehendakinya.
Dalam situasi ini hendaklah dia menunaikan sembahyang dalam
keadaan duduk sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.aw:
“Sembahyanglah dalam keadaan berdiri sekiranya tidak mampu
hendaklah duduk dan hendaklah ia mengiring untuk rukuk dan sujud hendaklah dia
rendahkan sujud melebihi rukuknya.”
2. Mampu untuk berdiri beberapa ketika tetapi tidaklah
mendatangkan kesukaran yang terlampau baginya atau tidak menambahkan lagi beban
penyakit yang sedia ada.
Dalam keadaan ini dia hendaklah sembahyang dalam keadaan
berdiri mengikut kemampuannya apabila menimbulkan kesukaran maka dibolehkan
untuknya duduk.
Firman Allah dalam surah Al-Tagabun ayat 16 yang membawa
maksud: “Bertaqwalah kamu kepada Allah mengikut kemampuan kamu”.
Al-Sa’di ketika menghuraikan ayat di atas berkata “Ayat ini
menjadi bukti bahawa setiap kewajipan yang tidak mampu dilakukan oleh seseorang
hamba akan gugur kewajipan tersebut. Apabila ia mampu melakukan sebahagian dari
kewajipan tersebut dan tidak mampu sebahagian lagi maka hendaklah dia
menunaikan sebahagian kewajipan yang mampu tersebut.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Apabila
kamu diperintahkan dengan sesuatu maka hendaklah kamu melakukan mengikut
kemampuan kamu” kemudian selepas itu hendaklah kamu rukuk dalam keadaan berdiri
dan sujud ditempatnya.
3. Sekiranya berdiri akan menyebabkan kesakitan yang amat
sangat atau bertambah teruk kesakitannya.
Dalam situasi ini hendaklah dia mendirikan solat dalam
keadaan duduk. Memetik penjelasan yang dibuat oleh Syeikh Usaimin: “Sekiranya
dia mengagahkan diri untuk berdiri dia tidak akan berdiri dengan tetap serta
dirinya tidak berasa tenang, serta dia mengharapkan agar Fatihah dapat
dihabiskan dengan segera supaya dapat rukuk disebabkan tidak dapat menanggung
kesukaran tersebut, ini adalah suatu kesukaran yang membolehkannya untuk duduk.”
Apa yang disebutkan tadi dengan syarat dia hendaklah
melakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdiri kemudian barulah dibenarkan
untuk duduk. Sekiranya dia melakukan takbiratul ihram dalam keadaan duduk
solatnya tidak sah.
Imam al-Nawawi berkata “Wajib melafazkan takbiratul ihram
dengan kesemua hurufnya dalam keadaan berdiri, sekiranya salah satu huruf
dilafazkan dalam itu, semasa dia dalam keadaan duduk maka solat fardunya tidak
sah. Pendapat ini disepakiti oleh semua ulama. Kemudian selepas itu hendaklah
dia rukuk dalam keadaan berdiri jika ada kemampuan kemudian bangkit dari rukuk
dalam kedaan berdiri seterusnya melakukan sujud dilantai.
4. Tidak mampu untuk rukuk mengikut ketetapannya tetapi
mampu untuk berdiri.
Dalam situasi ini tidak dibolehkan untuknya duduk serta
tidak gugur kewajipannya qiam begitu juga tidak gugur ke atasnya untuk rukuk
dalam keadaan berdiri, maka untuk rukuk hendaklah dia mengiring atau
merendahkan kedudukannya ketika dalam keadaan berdiri.
Ibn Qudamah berkata: “Sesiapa yang mampu untuk berdiri
tetapi tidak mampu untuk rukuk dan sujud dalam keadaannya, kewajipan berdiri
masih dikenakan. Oleh itu, hendaklah dia sembahyang dalam keadaan berdiri
kemudian untuk rukuk hendaklah dia mengiring mengiring untuk rukuk, seterusnya
sujud dilantai sekiranya mampu.
5. Tidak mampu untuk sujud sebagaimana yang diperintahkan
tetapi mampu untuk berdiri.
Dalam situasi begini dia tidak harus duduk serta tidak gugur
kewajipan qiam ke atasnya serta tidak gugur kewajipan rukuk dalam keadaan qiam,
untuk sujud hendaklah dia duduk dan mengiringkan badannya.
Dalam hal ini Ibn Qudamah berkata sesiapa yang mampu untuk
berdiri tetapi tidak mampu untuk rukuk atau sujud kewajipan qiam tidak gugur
keatasnya, kemudian dia hendaklah duduk serta mengiring untuk sujud .
Hendaklah dia melakukan rukuk dalam keadaan berdiri mengikut
keadaan yang diperintahkan sekiranya dia mampu untuk meletakkan tangan dilantai
semasa sujud hendaklah dia melakukan sedemikian sekiranya tidak mampu hendaklah
dia meletakkan atas kedua lututnya.
Ibn Baz berkata : “Adapun sujud yang wajib dilakukan ialah dengan meletakkan kedua belah tangan dilantai dan sujud sekiranya mampu sekiranya tidak berkemampuan hendaklah dia sujud dengan meletakkan kedua belah tangan diatas kedua lututnya. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: “Aku menyuruh kamu untuk sujud di atas tujuh tulang iaitu dahi kemudian nabi tunjukkan dengan tangan baginda kearah hidung, kedua belah tangan, kedua lutut kedua hujung jari.”
***********************************
Sememangnya solat secara duduk dibenarkan mengikut syarat-syarat yg ditetapkan utk kita sah solat secara duduk. Namun, seharusnya kita berusaha utk solat secara berdiri. Saya respect makcik-makcik dan pakcik yg sentiasa mencari jalan penyelesaian utk solat secara berdiri semula. Katanya solat duduk ni x feel sangat walaupun dibenarkan. Kadang-kadang terdetik juga nak merasa dahi menyentuh sejadah. Sujud pada yg maha Esa. Supaya kita sentiasa merendah diri. Bagi mereka sujud itu satu nikmat yg tak dapat digambarkan. Nikmat buat diri rasa sihat bila dapat bersujud. Alhamdulillah jika ada yg mempunyai inisiatif sebegitu.
Cadangan saya utk mereka yg sentiasa mengalami sakit-sakit sendi, sakit lutut, sakit pinggang, kejang dan kebas dibahagian kaki atau tangan dan macam-macam lagi penyakit yg berkaitan dengan sendi/tulang yg lain ialah:
Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!
Jom ikhtiar sakit sendi anda dengan Set Kesihatan Sendi Shaklee ini. Mudah-mudahan dapat membantu anda utk kembali cergas utk melakukan aktiviti lain juga khasnya semakin kuat utk beribadah.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan:
NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com
COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment