Wednesday, 21 May 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu

Pagi tadi sewaktu berada di klinik kesihatan utk temujanji, sy tercuri dengar perbualan dua org ibu mengenai susu badan. Salah seorang daripada ibu tersebut hanya dapat menyusukan anaknya sehingga 4 bulan sahaja. Katanya susunya merudum dan semakin berkurangan lalu dia mengambil langkah utk memberikan susu formula.

Dalam hati saya terdetik. Ya Allah sayangnyaa.. Sayang seribu kali sayang.

Saya sendiri pernah mengalami zaman kemorosotan susu sewaktu habib berumur 2 bulan. Kerana waktu itu, kedua mereka sedang membesar dan dua2 menyusu dalam kuantiti yg banyak dan kerap. Saya runsing, stress dan macam-macam lagi perasaan bercampur-baur. 2 bulan bagi saya tempoh yg lama dan bonding diantara kami sudah terlalu erat utk dilepaskan.

Bagi ibu-ibu yg mengalami masalah susu merudum, berikut adalah sedikit tips dari saya berdasarkan pengalaman saya sendiri:

1. Jangan putus asa

Penting bagi ibu utk menanam perasaan ini dalam diri. Kalau ibu putus asa, maka jalan paling mudah adalah dengan memberikan susu formula tanpa belum mencuba alternatif lain. Bagi saya itu tidak adil utk anak kerana hak mereka adalah utk mendapatkan susu ibu. Susu paling baik dalam dunia yg dinyatakan dalam Al-Quran. Sekurang-kurangnya mereka perlu mendapat bekalan tersebut sehingga 6 bulan.



2. Susu sentiasa cukup.

Ibu kena sentiasa bisikkan dalam hati "susu cukup". Malah bagi saya sejak mula hamil lagi, ibu kena sentiasa tanam azam utk menyusukan anak dan berfikiran positif bahawa susu cukup utk anak. Berfikiran positif sgt perlu kerana otak akan memproses dan mengaktif badan utk sentiasa menghasilkan susu. Walau anak kembar 2,3,4 sekali pun Allah akan berikan rezeki susu utk anak. Hanya kita kena berusaha.

3. Cari jalan utk banyakkan susu

Jika ibu mengalami masalah susu merudum, jangan hanya terus berdiam diri dan mengharapkan susu akan mengalir dengan banyak. Lakukan sedikit research cara utk banyakkan susu ibu. Zaman teknologi dihujung jari sangat mudah utk kita mendapatkan maklumat malah beribu maklumat yg akan ibu perolehi. Dari segi makanan berkhasiat, makanan tambahan, urutan, cara mengepam yg betul dan banyak lagi jalan yg akan ibu-ibu jumpa di alam maya. Cari dan usaha lakukan sebaik mungkin.

4. Jangan lokek

Kebanyakkan ibu-ibu lebih suka menggunakan jalan singkat daripada terus berusaha atau terlalu lokek utk melaburkan wang utk membeli peralatan atau makanan tambahan utk menambahkan susu. Saya rasa pelik bila ibu-ibu lebih suka laburkan wang setiap bulan utk membeli susu formula berbanding melaburkan wang utk memberi susu ibu berterusan kepada anak. Nilaikan yg mana lebih berkhasiat dan lebih berharga? Pelaburan susu formula atau pelaburan susu ibu?



5. Minta sokongan atau bantuan

Jangan malu utk minta pendapat atau bantuan daripada orang yg berpengalaman. Saya pasti ibu-ibu yg berjaya menyusukan anak tidak lokek utk berkongsi ilmu malah mereka akn jadi lebih teruja utk membantu anda. Selain itu, anda juga perlu meminta sokongan daripada org sekeliling terutamanya suami. Minta mereka utk sentiasa menyokong anda menyusukan anak. Insya Allah anda akan lebih bersemangat dan sentiasa berfikiran positif dengan aura positif disekeliling anda.

6. Banyakkan berzikir

Ketika sedang menyusukan anak atau sedang mengepam susu, basahkan lidah dengan zikir, istighfar, insya Allah hati akan menjadi tenang dan pengaliran akan menjadi susu lebih baik. Sambil-sambil tu, usap dan belai anak atau tatap gambar anak supaya wujud emosi kasih sayang. Selalunya taktik ini sangat berkesan.



7. Menyusukan anak di tempat yg tenang

Tahukah ibu-ibu sekalian, tempat juga turut memainkan peranan ketika menyusukan anak? Tempat yg tenang tanpa sebarang gangguan mampu membantu ibu utk menyusukan anak /mengepam susu dengan lebih baik. Sebaiknya pasang ayat al-Quran atau alunan zikir atau ibu sendiri boleh berzikir mendodoikan anak ketika menyusu. Fokus anda ketika itu adalah anak anda. Jika meyusukan anak sambil bermain telefon, fb, instagram, whatsapp, maka hilanglah bonding time ibu dan anak waktu itu.

Sekian sahaja sedikit tips daripada saya. Insya Allah saya akan kongsikan lagi tips-tips yg lain lagi. Semoga tips ini memberi manfaat dan semangat utk ibu-ibu! :)


***********************************
Berikut adalah set cadangan bagi ibu utk membanyakkan susu:

Set 3m (lengkap dengan segala nutrisi yg diperlukan oleh ibu dan anak)

Set Penyusuan Bajet 

Anda boleh dapatkan info mengenai set ini di sini Untuk konsultasi dan tempahan, hubungi saya di sini:

NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com


COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.




Tuesday, 20 May 2014

Jamu atau Alfalfa?

Alkisah.. semalam sewaktu sedang menunggu Roti Mama siap dibakar di sebuah kiosk di PKNS, sempat berborak dengan mak cik yg menjaga kiosk tersebut bersama dengan seorang kakak yg turut sama menunggu roti dibakar.

Ketika sedang menunggu, mak cik tersebut meminta izin utk minum sebentar. Dia berlalu ke sebuah peti seuk dan mengambil sebotol minuman berwarna hijau. Dengan peramahnya, mak cik tu pun bertanya: "Minum dik?". Saya dan kakak tu hanya tersenyum. Sebab tengok dari warna air tu pun kami dah tau, itu air jamu! Kakak tu pun bertanya: "Jamu apa tu cik?"

Dengan senyum mak cik tu menjawab: "Kami di Jawa sana, air ni kena minum setiap hari. Untuk kesihatan. Air ni elok utk orang perempuan. Biar badan tak bau, bersihkan dalaman perempuan yg dara, yg lepas bersalin, untuk lancarkan haid." Ok. Senang cerita, air tu segala serba serbi utk kecantikan luaran dan dalaman wanita.

Bila ditanya apakah kandungan air tersebut, mak cik tu pun menjawab: "Dalam ni ada asam jawa, halia, garam.." dan beberapa bahan lain yg tak dapat dipastikan sebab mak cik tu sebut dalam bahasa Jawa sana. ^___^" Tak lama lepas tu mak cik tu pun mempelawa kami minum jamu tersebut. Dengan pantas kami dua-dua cakap tak nak! Haha..



Sesetengah orang suka mengamalkan jamu utk kesihatan, terutamanya kesihatan dalaman. Pelbagai tumbuhan dicampur utk menghasilkan jamu yg baik dan utk membuat jamu, cara memasaknya juga haruslah betul supaya ianya berkesan. Nampak macam susah kan? Susah nak buat, susah nak telan. Tapi nak sihat!

Haaa.. saya ada satu cadangan best utk mereka yg mencari produk utk kesihatan dalaman. Terutamanya bagi wanita. Apa dia?


 Yaa.. Alfalfa Complex! Tumbuhan yg mempunyai banyak khasiat bukan sahaja utk wanita malah orang lelaki juga boleh menggunakannya!

Alfalfa merupakan tanaman yang mempunyai berbagai manfaat kesihatan. Ianya lebih dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu. Tanaman Alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter. Sistem akar yang dalam membuat Alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak biasa ditemukan di permukaan tanah. Tanaman ini sangat istimewa dan dikenali oleh orang Arab sebagai ayah dari tanaman. Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herba sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan ayurveda. 

Alfalfa kaya dengan:
  • Vitamin B, C, E & K dalam jumlah yg seimbang.
  • Mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi.
  • Turut mengandungi Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
Manfaat Utama Alfalfa terutamanya untuk kaum wanita ialah:
  1. Bertindak sebagai "kacip fatimah" kepada wanita.
  2. Membantu merawat masalah keputihan.
  3. Melegakan rasa sakit ketika haid.
  4. Membantu menghilangkan bau badan.
  5. Membuang angin dalam badan.
  6. Mengatasi masalah sembelit terutamanya bagi wanita selepas bersalin.
  7. Memulihkan urat selepas bersalin
  8. Sebagai "Milk Booster" buat ibu yg menyusukan anak.
  9. Mengurangkan simptom Menopous.
  10. Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor (penyakit yg sinonim dengan wanita.)
Antara Khasiat lain Alfalfa ialah:
  1.  Menurunkan kadar gula dalam darah. Sangat disyorkan utk pesakit Diabetis.
  2. Mengawal kolestrol dalam darah.
  3. Mencuci hati, darah dan usus.
  4. Baik utk sistem penghadaman.
  5. Agen detox terbaik untuk menyingkirkan lendir dan lemak dalam badan.
  6.  Meningkatkan kesihatan prostat.
  7. Melawan alahan.
  8. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
dan banyak lagi khasiat lain. Jadi lebih mudahkan utk mengambil Alfalfa Complex? :) Saya sendiri mengambil Alfalfa ketika pantang. Alhamdulillah sangat membantu. Kebanyakkan jamu tidak boleh diambil oleh ibu yg menyusukan anak kerana akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit. Tapi dengan pengambilan Alfalfa, ibu-ibu jangan risau. Bayi tidak akan mendapat kesan sampingan malah ibu akan merasa teruja dengan pengeluaran susu yg banyak utk bayi.


Pembelian Alfalfa sangat berbaloi dengan harga, kuantiti dan khasiatnya. 1 botol saiz S mempunnyai 330 biji dan 1 botol saiz L mengandungi 700 biji. Memang tahan lama! :)

Berminat utk membuat tempahan, boleh hubungi saya:
 
NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com


COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.


Sunday, 18 May 2014

Adakah anak-anak anda perlukan Multivitamin?


Jom kita lihat, adakah anak-anak anda mempunyai tanda-tanda berikut:


  • Tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Tidak mempunyai jadual makan yg tetap.
  • Kurang selera makan.
  • Memilih makanan.
  • Suka makan makanan sampingan seperti roti, junk food atau fast food berbanding nasi dan hidangan lengkap yg lain.


Kanak-kanak sememangnya sangat cerewet mengenai makanan. Mereka hanya makan apa yg mereka suka sahaja. Namun, sebagai  ibu bapa kita tidak seharusnya terus menerus melayan kehendak mereka. Tabiat begini harus dihentikan dan dirawat demi kesihatan mereka.


Adapun kanak-kanak yg suka memakan sayuran dan buahan, pasti kita sentiasa berfikir adakah mereka mendapat nutrisi yg cukup daripada bahan semulajadi tersebut? Kerana kadang-kala factor masakan, kebersihan dan kuantiti tidak menjamin nutrisi tersebut terus diserap masuk oleh tubuh anak kita. 


Sebab untuk memberi anak anda Multivitamin.


Jika anak anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, anda WAJIB memberikan mereka Multivitamin sebagai makanan tambahan. Ini kerana tanda-tanda tersebut jelas menunjukkan mereka tidak mendapat nutrisi yg cukup untuk perkembangan dan kesihatan yg baik. Multivitamin dapat memberikan segala keperluan yg diperlukan oleh anak anda.

Lebih-lebih lagi jika anda seorang ibu yg berkerjaya dan anak anda dijaga oleh pejaga yg lain, mampukah anda mengawal segala makanan mereka? Strictly no ajinomoto, no MSG, no jajan, no artificial flavour/coloring, no processed food, no fast food. Tentu bukan mudah kan?

Antara sebab sampingan lain pula, seperti yg dinyatakan di atas, meskipun anak anda sentiasa di ajar utk makan-makanan yg berkhasiat namun, kualiti makanan tersebut tidak dapat dipastikan bahawa ia akan membawa khasiat yg baik ke dalam tubuh anak anda ataupun tidak.

Jika anda masih berkira-kira sama ada mahu meberikan Multivitamin kepada anak anda ataupun tidak, anda boleh lihat tips berikut:


  1. Berikan Multivitamin khas utnutk kanak-kanak kerana ia memberikan anak anda jumlah nutrisi yg cukup untuk keperluannya.
  2. Hanya berikan jumlah yg disarankan.
  3. Jangan jadikan tabiat memberi Multivitamin seperti “gula-gula” kerana mereka akan sering meminta lagi.
  4. Jauhkan botol Multivitamin tersebut bagi memastikan anak kita tidak mengambilnya secara berlebihan.
  5. Ajar mereka untuk makan-makanan yg seimbang.


Cadangan saya ialah, anda boleh memberikan anak anda Meal Shakes sebagai makanan tambahan untuk mereka. 


Meal Shakes amat mudah diambil dan dogemari oleh kanak-kanak kerana perisa French Vanilla nya yg sedap. Hanya satu sudu dibancuh dalam minuman kegemaran mereka sudah cukup untuk mereka mendapatkan nutrisi yg diperlukan. Mudahkan? Amat sesuai untuk ibu yg berkerjaya dan sangat perihatin dengan tahap kesihatan dan perkembangan anak-anak.  

Berikut adalah nutrien penting yg terdapat dalam Meal Shakes. Lengkap untuk keperluan anak-anak anda. 

 
Anda boleh lihat banyak lagi info menarik mengenai Meal Shakes di sini:
  1. Apa itu Meal Shakes?
  2. Tingkatkan Imunisasi Anak Anda dengan Meal Shakes
  3. Sarapan Pagi yg Mudah & Berkhasiat dengan Meal Shakes
  4. Persediaan Ramadhan dengan Meal Shakes
  5. Resepi Pancake dengan Meal Shakes
  6. Atasi Masalah Sembelit dengan Meal Shakes
  7. Set Kesihatan Kanak-kanak
Untuk sebarang maklumat & tempahan, boleh hubungi saya:

NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com


COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.