Friday, 21 February 2014

Kenapa perlu Detox?


Assalamualaikum. Salam Jumaat semua.

Pernah tak anda mengalami situasi begini:

  • Saya dah mencuba pelbagai jenis ubat utk kuruskan badan. Daripada yg jenis murah-murah sampai la yg branded. Semuanya tak menjadi. Kenapa orang lain bila guna berkesan, saya tidak?
  • Saya amalkan pengambilan vitamin setiap hari. Tapi tak rasa berkesan pun. Padahal vitamin yg saya amik bukan calang-calang jenamanya. Sekarang saya tak percaya lagi dengan pengambilan supplement utk badan. Buang masa!
  • Saya sering mengalami masalah sembelit, kulit muka pula berminyak dan selalu tumbuh jerawat.
  • Badan selalu letih dan tidak bermaya walaupun saya dah ambil supplement tambahan utk menghilangkan keletihan dan meningkatkan kecergasan.


Haaa.. Pernah alami situasi begini? Kalau anda nak tahu, inilah tanda-tanda kita perlu melakukan Detox!


Apa itu Detox?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya dapat menyerap nutrien pada kadar paling optimum.

Kenapa perlu Detox?


USUS adalah komponen penting dalam badan yg berfungsi untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.


Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.


Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak berfungsi dengan baik. Akibatnya toksin berpotensi membahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit. Untuk mengekalkan kesihatan kita, kita perlu melakukan program pembersihan yang komprehensif.
credit: Happy Healthy Life Shop


Sebab itulah Detox sangat penting! Bila dinding usus kita dah bersih, barulah badan dapat menyerap nutrient dengan lebih baik. Segala vitamin dan ubat-ubat lain akan lebih berkesan selepas segala toksin-toksin dalam badan disingkirkan!

Siapa yg pernah buat Detox Program mesti pernah lihat sendiri betapa banyaknya benda-benda yg tidak diingini dalam perut! Memang mengerikan! Ntah apa yg kita makan selama ni dok menebeng je dalam usus perut tu kan? Bila dah buang segala toksin-toksin tu.. tak tergambar betapa leganya rasa badan masa tu. Rasa lebih ringan, lebih sihat, muka dah tak berminyak, lebih bertenaga, dah tak sembelit, hati gembira, mudah nak kurus, kulit cantik.. haiii.. banyak tau benefit detox ni!

Siapa yg tak pernah buat detox langsung, inilah masanya utk anda mulakan program detox anda! Jangan tunggu lagi. Singkirkan segala toksin dalam badan supaya perut dan badan lebih sihat!

Antara produk yg boleh membantu anda utk Detox ialah:

1. Herb-Lax

Herb-Lax yang berfungsi sebagai agen detox ini terdiri daripada 9 herba semulajadi.


Kebaikan Herb-Lax:
  • Pembersihan najis yang tersekat 
  • Membantu masalah sembelit 
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut 
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba
PERHATIAN: Herb-Lax tidak digalakkan utk ibu mengandung dan ibu yg menyusukan anak. Kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak mengalami masalah cirit-birit kerana kandungannya yg tidak bersesuaian.





2. Alfalfa Complex



Alfalfa paling disukai! Kerana apa? Dia bukan sahaja boleh jadi agen Detox anda tetapi boleh merawat pelbagai jenis penyakit yg lain! Satu botol pelbagai kegunaan. Lebih jimat. Nak tahu lebih lanjut mengenai alfalfa anda boleh baca di sini:


Saya sendiri merasai sendiri keberkesanan Alfalfa! Sebab itu dia cinta pandang kedua saya. ^___^

Secara umumnya kebaikan Alfalfa ialah:
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau
Alfalfa boleh diambil oleh ibu yg menyusukan anak kerana boleh menjadi Milk Booster. Manakala ibu mengandung tidak digalakkan.

PERHATIAN : Produk Alfalfa ini TIDAK sesuai bagi yang menghidap SLE. Penghidap SLE sila dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil produk ini

 Jom Detox!

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi saya. Pembelian produk Shaklee daripada saya akan mendapat tips, konsultasi dan aturan makanan yg betul.Insya Allah saya akan bantu selesaikan  masalah anda.

COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.

    No comments:

    Post a Comment