Saturday, 8 February 2014

Kenapa badan kita memerlukan Supplement?



Saya pernah menerima pandangan daripada seseorang tantang perkara ini. Katanya orang yg mengambil supplement, merupakan seorang yg “Obses kepada kecantikan” dan dilabel sebagai “Membazir”.

*tersenyum*

Pada pandangan saya lain. Tak semestinya bila kita ambik supplement je kita nak cantik. Sanggup menghabiskan duit semata-mata utk cantik. Tidak. Supplement merupakan makanan tambahan utk menjaga kesihatan. Kalau dalaman sihat automatic luaran pun akan nampak sihat dan kecantikan itu akan datang dengan sendirinya. Cantik luaran sahaja tak cukup utk dilabelkan sebagai sihat. Pokoknya ialah KESIHATAN.

Jadi persoalannya, berapa banyak duit yg anda sanggup habiskan utk menjaga kesihatan dan berapa banyak yg dilaburkan utk merawat penyakit? Tentunya menjaga kesihatan lebih mudah berbanding merawat penyakit kan? Sebab tu ada pepatah “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.


Disini saya huraikan mengapa badan kita memerlukan Supplement:

1. Makanan yang tidak seimbang


Umum mengetahui utk menjaga kesihatan, kita harus makan makanan yg seimbang dan mengikut system pyramid makanan utk keperluan seharian kita. Jadi adakah setiap hari kita mengikut pyramid makanan yg betul? Dan adakah setiap hari kita mengambil makanan yg seimbang? Faktor masa menyebabkan manusia sekarang tidak mementingkan lagi tentang makanan seimbang dan sihat. Yg penting, bila lapar, MAKAN! ^___^

Jadi, dengan pengambilan supplement, segala nutrisi yg kita perukan dalam badan dapat ditambah dan diseimbangkan dengan mudah. 

2.  Melengkapkan dos vitamin yang perlu dalam badan setiap hari

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

3. Stress


Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, ramai di antara kita yg mengalami tekanan. Seseorang yang kehilangan MAGNESIUM boleh menyebabkan anda menghidapi tekanan mental! Scary kann? Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C utk merawat tekanan kita. Tekanan juga boleh menyebabkan kita mengamalkan gaya hidup yg tidak sihat dan boleh mengundang pelbagai penyakit.

4. Kualiti makanan yg semakin rendah


Kualiti sayuran dan buahan kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur yang ditanam (secara organik). Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
 
5. Pencemaran

Setiap hari tubuh kita terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran di sekeliling kita. Sistem ketahanan tubuh kian terancam, dan micronutrient hanya diperolehi daripada makanan sahaja mungkin tidak mencukupi.

6. Tabiat memilih makanan


Ada individu yang tidak suka makan sayur dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

7. Mencegah dan merawat penyakit


Dengan pengambilan supplement setiap hari, badan kita akan mendapat nutrient yg cukup. Jadi badan kita akan lebih sihat dan tidak mudah utk jatuh sakit. Secara tidak langsung kita juga telah membina system imun yg kuat utk tubuh badan kita. 

8. Lebih jimat dan mudah


Siapa kata makan supplement MAHAL? Adakah semahal kos merawat penyakit? TIDAK! Pengambilan supplement seperti Multivitamin sahaja sudah memadai utk melengkapi nutrisi dan vitamin yg diperlukan dalam badan. Secara purata kita hanya perlu mengambil 1 biji Multivitamin sahaja utk sehari dan kosnya hanya RM1! 


Pengambilan Multivitamin merupakan satu langkah yg mudah bagi menangani segala masalah di atas. Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan Multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.
 





Vitalea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik. Ianya merupakan Multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Apa yg terkandung dalam Vitalea ialah:

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopoten 
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat 
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang 
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang 
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga 


Lengkapkan? 1 botol vitalea mampu bertahan sehingga 4 bulan! Dan anda hanya berbelanja RM0.74 sahaja sehari. Tak rugi kan?

Berminat utk dapatkan Vitalea? Ada promosi hebat tau bulan ni. PM saya segera!


 


 
 
 

 


No comments:

Post a Comment