Friday, 13 June 2014

PERSEDIAAN RAMADHAN: Tips Untuk Ibu Menyusu



Dijangkakan pada tahun ini kita akan menghadapi bulan Ramadhan dalam musim kemarau. Risau juga. Suhu sekarang pun sudah mencecah 35 darjah celcius. 2 botol air dah confirm ada disisi utk elak hydration. Tambah pula ada dua budak nak disusukan. Mencabar.

Walaupun tahun lepas dah pernah merasa Ramadhan sebagai ibu menyusu, melihat kepada kondisi sekarang agak sedikit risau utk menghadapi Ramadhan kali ini. Habib dah besar, menyusu semakin kuat.

Tapi dengan 2 “alat bantu” dan sedikit tips ini diharapkan dapat membantu dri sendiri dan ibu-ibu lain utk menghadapi Ramadhan. :)

"Alat Bantu"

1. Energyzing Soy Protein (ESP)

  • Ibu menyusu mudah lapar dan haus sebab segala yg kita makan, anak akan sedut sikit demi sedikit. Jadi penting ibu menyusu mendapatkan tenaga sepanjang seharian berpuasa. ESP boleh diambil ketika bersahur. Dibancuh bersama minuman yg berserat utk bantu ibu lebih kenyang dan tahan lapar lebih lama. Ramadhan yg lepas saya WAJIB sahur ESP + Horlicks dan kalau boleh Horlicks yg jenis ada serat tu. Paling tidak pun Nestum.
  • Bila berbuka pun saya amik ESP bersama minuman lain seperti susu Dutch Lady ataupun milo untuk topup semula tenaga yg semakin berkurangan. Lagi satu kalau ibu-ibu nak turunkan berat memang elok sangat amik ESP ni waktu berbuka semasa perut kosong. Sekurang-kurangnya nanti tak lah melantak 2-3 pinggan sebab kelaparan lepas seharian berpuasa dan menyusukan anak. ESP bagi perut tu rasa kenyang sikit. So, bila nak makan pun cukup sekadar kenyang. 
  • ESP bantu susu ibu jadi lebih berkualiti, pekat berkrim. Bila susu pekat, bayi akan rasa kenyang. Jadi taklah bayi sentiasa meragam dan berkepit sepanjang masa. 
  • Membantu meningkatkan daya tahan ibu. Ketika berpuasa, lebih-lebih lagi dalam cuaca kita yg tidak menentu ini, pasinya kita risau dengan tahap kesihatan kita dan anak. Jadi dengan pengambilan ESP insya Allah daya tahan ibu akan lebih kuat. 
  • ESP membekalkan protein dan kalsium yg diperlukan oleh ibu dan anak. 
  • Bonus! Minum ESP akan menjadikan kulit ibu lebih cantik, tidak kering, dapat hilangkan parut dan kedutan. Bolehlah nanti tampil cantik di hari Raya!  
2. Alfalfa Complex

  • Alfalfa merupakan salah satu herba galactagogue yg berfungsi utk merangsang penghasilan susu. Boleh diambil selepas makan sahur dan selepas berbuka bagi merangsang penghasilan susu. 
  • Alfalfa sangat sesuai diambil oleh ibu menyusu yg sedang period. Kebanyakan ibu menyusu akan mengalami kemeruduman susu ketika period. Dengan bantuan Alfalfa dan teknik power pumping insya Allah masalah tersebut dapat diatasi. Selain itu, Alfalfa juga boleh menghilangkan rasa sakit dan memberikan kelegaan sewaktu period
  • Selain itu, Alfalfa turut membantu sistem perkumuhan berfungsi dengan lebih baik. Ketika berpuasa, ibu-ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan. Jadi lebih mudah utk mendapat penyakit sembelit atau tidak lawas. Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah tersebut kerana ia terbukti berkesan membantu sistem penghadaman berfungsi lebih baik. Alfalfa juga turut terkenal sebagai agen detox terbaik. 


Dua “alat bantu” ini telah berjaya membantu saya sepanjang Ramadhan tahun lepas. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Sekarang saya nak share pula beberapa tips berpuasa utk ibu yg menyusu.
  • Banyak minum air kosong – Bila? Di antara waktu berbuka dan bersahur kalau boleh banyakkan minum air kosong supaya kita dapat topup semula kekurangan air dalam badan sewaktu berpuasa sambil menyusu. Ini penting ya bagi mengelakkan ibu mengalami dehidrasi dan kemeruduman susu. Tambahan pula sebagai persediaan utk menghadapi puasa keesokkan hari. Badan kita memerlukan lebih banyak air utk diri sendiri dan susu.

  • Banyakkan makan makanan yg berkuah atau buah-buahan yg mengandungi byk cecair dan elakkan mengambil makanan yg banyak gula dan garam sebab ia boleh menarik cecair keluar dari sel. 
  • Makan makanan yg seimbang yg kaya dengan karbohidrat, protein, serat dan glukos utk membantu memberikan tenaga yg secukupnya kepada ibu. Jangan mengada nak berdiet pula ya sebab ibu perlukan segala nutrisi yg seimbang utk supply susu. Kalau makan tak cukup macam mana badan nak produce susu. Badan pun perlukan “makanan” utk kembali bekerja utk kita. 
  • Digalakkan makan madu, kurma dan habatus sauda. Kerana boleh memberikan tenaga segera kepada ibu. Manakala habatus sauda boleh membantu menghasilkan susu lebih cepat. 

  • Jauhi minuman berkafein dan berkarbonat yg boleh menganggu penghasilan susu ibu. 
  • Ketika berpuasa, lakukan aktiviti mengepam seperti biasa dan banyakkan menyusukan bayi. Sebab lagi cepat susu habis, lagi cepat badan produce lagi dengan lebih banyak. Teknik demand and supply. Kalau kita pun malas nak susukan bayi atau malas nak pam sebab takut tak larat/penat, maka badan pun akan malas nak produce susu sebab taka da demand. 
  • Kalau boleh, sebelum berpuasa lagi dah standby stok susu banyak-banyak utk bayi sebagai back-up plan utk kita. :) 
 
  • Banyakkan berehat. Rehat ygcukup penting utk ibu sebab ibu memerlukan lebih tenaga ketika berpuasa nanti. Kalau badan letih, nanti kita mudah negative dan susu pun senang merudum. 
  • Jangan berfikiran negative! Sebaliknya terus yakin susu anda cukup utk bayi sepanjang berpuasa. Ingat negative thought boleh buat kita lemah semangat dan susu pun boleh merajuk tak nak keluar. Kalau positif sentiasa insya Allah semuanya tak jadi masalah. :) 
  • Berdoa, berzikir dan banyak lakukan ibadah. Semoga Allah sentiasa membantu kita dan mengurniakan rezeki yg cukup buat bayi kita. Ibu akan rasa lebih tenang dan susu pun mudah keluar dengan lancar.   

Diharapkan tips yg saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu semua utk terus yakin dan bersemangat utk berpuasa sepanjang Ramadhan. Meskipun dibolehkan utk ibu berbuka jika tidak mampu, tapi lebih baik kiranya kita cuba berusaha dulu. Sebab sekarang sudah banyak alternative utk memperbanyakkan susu. Tak bestlah nanti nak kena ganti kan? Hehe.. Mudahan Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin..

Selamat melakukan persediaan berpuasa ibu-ibu semua! 

Berminat utk membeli produk Shaklee? Hubungi saya:

NORFATEHA HUSSEN | ID: 1107174
norfateha.hussen@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-2723867
Fb: Atien Hussen @ Atiens Closet
atienhussen.blogspot.com

COD kawasan Shah Alam. Shaklee Independent Distributor kawasan Subang Permai, Shah Alam.

 


No comments:

Post a Comment